Pelancaran SAMA

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2017 — Synergy Automotive Solutions mengumumkan pelancaran aplikasi mudah alih yang terkini, dikenali sebagai “SAMA” yang dibangunkan melalui anak syarikatnya, Synergy Multimedia Solutions Sdn Bhd bagi merevolusikan industri automotif di negara ini, sekali gus menaikan taraf kemudahan serta membantu meningkatkan dan membina perkongsian perniagaan antara pengguna dengan penyedia perkhidmatan ke tahap yang lebih tinggi dan berkesan.

SAMA merupakan aplikasi mudah alih pertama di Malaysia yang menggabungkan kesemua perkhidmatan automotif di bawah satu aplikasi dengan menyediakan platform kepada pengguna dan juga penyedia perkhidmatan. Untuk peringkat permulaan, pengguna boleh membuat pencarian dan tempahan untuk perkhidmatan seperti penyelenggaraan kereta, tayar, bateri, membaik pulih dan juga kerosakan enjin  melalui kaedah ‘dalam talian’.

Kami akan memperluaskan skop golongan kenderaan sasaran kepada kenderaan komersial, serta mempelbagaikan jenis-jenis perkhidmatan seperti pakej penjagaan dan mencuci kereta, tukar ganti aksesori kereta dan alat ganti, sistem penghawa dingin, memperbaharui cukai jalan dan insuran dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan industri automotif dalam jangkamasa yang terdekat.

Antara objektif aplikasi SAMA adalah khusus untuk pengguna yang sentiasa menghadapi isu-isu seperti berikut:

  • Tiada pusat servis yang tetap
  • Kualiti perkhidmatan yang hambar dan tidak bermutu
  • Ketidakpasstian lokasi pusat servis
  • Kos perkhidmatan yang tidak tetap serta terlalu tinggi
  • Pembaziran masa dan kos dalam mencari dan membuat pembandingan antara pusat servis produktif dan dipercayai
  • Ruang masa yang terhad untuk penyelengaraan serta baik pulih kenderaan
  • Peruntukan aliran tunai yang terhad
  • Risiko yang terpaksa dihadapi akibat kerosakan enjin yang diluar jangkaan sehingga mengakibatkan kenderaan tersadai di tepi jalan
  • Keraguan untuk mengenalpasti identiti mekanik
  • Lupa tarikh servis terakhir
  • Lupa tarikh tamat cukai jalan

Maka, dengan adanya aplikasi SAMA, ia dapat membantu pengguna untuk mengatasi masalah-masalah seperti di atas penduduk bandar dengan cara yang lebih mudah, penjimatan masa dan kos efektif.

Melalui aplikasi SAMA, pengguna diberi jaminan bahawa bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh rakan-rakan pusat servis berdaftar SAMA adalah berpatutan dan telus.

Penggunaan aplikasi ‘dalam talian’ SAMA amat mudah dan ‘mesra pengguna’ kerana pengguna hanya perlu menyenaraikan masalah kenderaan mereka dan perkhidmatan yang diperlukan dan dalam hanya beberapa ketika, maklumat seperti pusat servis yang bersesuaian dengan kehendak serta sebut harga akan diperolehi.

Selain itu, keistimewaan dan kelainan yang akan diberi kepada pengguna yang setia ialah pakej ‘Ganjaran Mata’ yang unik serta penebusan atau ‘redemption’ sistem yang berbeza dari yang sedia ada dipasaran.

Aplikasi SAMA boleh dimuat turun secara percuma dari Google Playstore (untuk Android sistem) dan iOS App Store (untuk IPhone) bermula dari 18 November 2017.

Untuk peringkat permulaan, aplikasi SAMA hanya boleh digunakan untuk pengguna di Lembah Klang dan Pulau Pinang sahaja, dengan waktu operasi tanpa henti, 7 hari seminggu.

Aplikasi SAMA akan diperluaskan kepada negeri-negeri secara berperingkat.

Dengan pelancaran aplikasi SAMA, kami yakin ia akan menjadi ‘trend’ dan ‘konsep’ baru kepada semua pengguna telepon mudah alih di Malaysia.

Maklumat Syarikat

Synergy Automotive Solutions merupakan pemenang “2016/2017 Global Excellence Brand as Emerging Excellence Award”, “The 15 Asia Pacific International Honesty Enterprise – Anugerah Keris 2017 “ dan dipaparkan di dalam “Book of Records 2017”.

Wawancara dengan Ketua Pegawai Eksekutif (Chairman) syarikat, Encik Eugene Chua Ee Hong telah diterbitkan dalam terbitan ke-21 majalah ‘Global CEO Business’.

Dan yang terkini, Synergy Automotive Solutions Sdn Bhd juga memenangi “2017/2018 SME & Entrepreneurship Business Award as Best Automotive Support Services”.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati:-

Facebook:  https://www.facebook.com/SAMA-Mobile-Application-134903300391357/?ref=bookmarksand

Website: http://sama-apps.com